Wednesday, December 29, 2010

ANUGERAH KECERIAAN KELAS 2010





BUKU PANDUAN PELAJAR SKMS


BUKU PENDUAN PELAJAR
SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI
JALAN HAJI MEOR YAHYA
333OO GERIK, PERAK


TEL  :   05-7919221
FAX  :  05-7917054





LAGU


NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta


NEGERI PERAK

Dilanjutkan Allah usianya sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang soleh allah Kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan negeri dan sultan

SEKOLAH

C/O Megahmu Mahkota Sari
Ilham Sejagat  Bakti Abadi
Harumnya Namamu Setulus Ikhlasmu
Keabadian Rohani Jasmani

Kami Putera Puteri Semua
Berikrar Seia Sekata
Amanah Bangsa Juga Negara
Nilai Murni Amanah Dijaga

Usaha, Tekun, Maju, Jaya
Tidak Kenal Putus Asa
Pantang Berundur Terus Mara
Kejayaan Matlamat Dicita
Belajar terus Belajar

FALSAFAH SEKOLAH



Pendidikan di sekolah ini menjana individu dengan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan ia mengenali dirinya. Tuhannya, bangsanya dan nilai budayanya. 
 “Berikan kami ilmu dan kemahiran supaya kami kenal diri kami, bangsa kami dan 
nilai budaya kami”. Guru adalah sumber, ibubapa adalah pendorong 
dan pembantu, pelajar adalah pelanggan.


OBJEKTIF SEKOLAH

Memberi pendidikan asas yang bermutu ke arah mencapai kecemerlangan 3M 
supaya :
  1. Di akhir tahap satu tiada murid yang buta 3M.
  2. Di akhir tahap dua lulus UPSR dan dapat meneruskan pelajaran ke peringkat menengah dengan penuh keyakinan.
  3. Menghargai setiap bakat dan kelebihan murid-murid dan memberi peluang seluas – luasnya supaya setiap bakat dapat berkembang maju.
  4. Bersikap prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan murid – murid, anggota dan harta sekolah.
  5. Mengutamakan perpaduan, harmoni dan kepimpinan demokratik dan toleransi dalam segala tindakan.
  6. Menghayati amalan nilai – nilai murni dan penyayang.
  7. Mengamalkan system pengurusan yang cekap dan kemas serta mengutamakan kerja berpasukan.
  8. Menerima setiap teguran dan pandangan dengan sikap terbuka.

OBJEKTIF SAHSIAH
1.      Berilmu, beriman dan beramal.
  1. Hormat menghormati, berbudi bahasa dan bersopan santun.
  2. Bebas daripada masalah disiplin.
  3. Taat setia dan cinta kepada diri, keluarga, sekolah, agama, bangsa, dan negara.

OBJEKTIF KOKURIKULUM
1.      Penglibatan secara aktif dan menyeluruh.
2.      Menguasai kemahiran / teknik.
3.      Semangat berpasukan.
4.      Meraih kemenangan / kejayaan.

MATLAMAT SEKOLAH


1.   Mencapai pendidikan sekolah rendah dengan menguasai 3M dengan amat baik.
2.   Menguasai dengan kukuh asas – asas kemahiran belajar, berkeyakinan diri, berakhlak
  mulia, bertanggungjawab seterusnya bersedia menguruskan pendidikan ke peringkat menengah.
3.   Mencapai kejayaan dalam pertandingan di peringkat zon/daerah, negeri, dan kebangsaan dalam kegiatan kokurikulum.
4.   Menjadikan sekolah ini murni bagi pembentukan sahsiah pelajar, perkembangan bakat, penyayang dan penghayatan nilai – nilai agama.
5.   Semua murid, kakitangan masyarakat mempunyai rasa bangga dan menyayangi sekolah ini.


MATLAMAT DISIPLIN SEKOLAH


Matlamat utama disiplin ialah untuk melahirkan individu yang sepenuhnya bermoral 
dan beretika, yang sedar akan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, 
masyarakat, institusi pendidikan serta negara. Disiplin diri adalah faktor 
utama ke arah mewujudkan masyarakat bertatasusila, adil,
 liberal dan progresif serta memberi sumbangan jitu terhadap keharmonian negara.



ETIKA PELAJAR

1.   Tanggungjawab terhadap diri sendiri.
2.   Tanggungjawab terhadap sekolah.
3.   Tanggungjawab terhadap keluarga.
4.   Tanggungjawab terhadap agama.
5.   Tanggungjawab terhadap masyarakat.
6.   Tanggungjawab terhadap negara.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI

1.   Menjaga kebersihan diri, termasuk kebersihan fizikal dan mental.
2.   Bersopan santun, jujur dan amanah.
3.   Menghargai masa dan menepati masa.
4.   Sabar dan bertolak ansur.
5.   Menghormati hak asasi orang lain.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP SEKOLAH

1.   Mematuhi menghormati peraturan – peraturan sekolah.
2.   Menghormati guru – guru dan kakitangan sekolah.
3.   Menaikkan imej sekolah.
4.   Memupuk nilai – nilai murni yang tinggi.
5.   Bekerjasama antara satu sama lain.
6.   Menceburi diri dalam aktiviti – aktiviti yang ada di sekolah.
KELAKUAN DAN KEGIATAN YANG TIDAK DIINGNI

Rujukan : Pekeliling Bil. (42) dlm J.Pel.Pk ( AM ) 4005
                Pekeliling Bil. ( 02 ) dlm. J.Pel.Pk ( AM ) 4086
Pelajar-pelajar dilarang  melakukan perkara – perkara berikut:

1.    Menghisap rokok
2.    Mencuri/ berjudi/ bergaduh
3.    Memeras ugut pelajar atau orang lain.
4.    Memasuki kumpulan haram.
5.    Menganiaya pelajar-pelajar baru/ kecil.
6.    Mengambil dadah/ menghidu gam.
7.    Minum minuman keras atau yang memabukkan
8.    Melakukan sesuatu yang mencemarkan nama baik sekolah.
9.    Membawa senjata tajam/ alat yang boleh dijadikan senjata /
        buku-buku atau gambar lucah.
10.   Ingkar perintah guru/ kakitangan sekolah/ pengawas.
11.   Sengaja merosakkan harta benda rakan / guru dan sekolah.


KEGIATAN KOKURIKULUM

1.    Semua murid dikehendaki mangambil bahagian  dalam latiihan/  permainan mengikut jadual yang ditetapkan.
2.    Murid yang berpenyakit dikecualikan daripada pasukan/ pjk setelah dibuktikan dengan surat akuan doctor.
3.    Sila pakai pakaian yang telah ditetapkan mengikut arahan berpakaian .
4.    Murid-murid diwajibkan melibatkan diri dalam persatuan unit beruniform dan permainan.


PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

        WAKTU PERSEKOLAHAN

Hari Isnin      7.30 pagi hingga 1.40 petang

Hari Selasa    7.30 pagi hingga 1.40 petang

Hari Rabu      7.30 pagi hingga  2.10 petang (Tahap 2  Termasuk tahun 3)

7.30 pagi hingga 12.40 tengahari (Tahap 1 : Tahun 1 dan 2)

Hari Khamis  7.30 pagi hingga 1.10 petang (Tahap 2)

7.30 pagi hingga 12.40 tengahari (Tahap 1)

Hari Jumaaat        7.30 pagi hingga 12.10 tengahari

(*Tertakluk kepada  pindaan dan tambahan dari semasa ke semasa mengikut
 keadaan dan suasana)

     KOKURIKULUM


Rabu                1.10 petang hingga 2.10 petang
(Unit Beruniform dan Persatuan)

Khamis    5.30 petang hingga 6.30 petang
(Permainan)
TIDAK HADIR KE SEKOLAH

3.1      Untuk mengelakkan kes ponteng,murid tidak hadir dikehendaki mengemukakan surat doktor atau surat ibu /bapa /penjaga kepada guru sebagai bukti.
3.2      Murid yang tidak membawa surat tersebut dianggap sebagai ponteng sekolah.
3.3      Ibu bapa / penjaga boleh menghubungi sekolah melalui telefon untuk memberitahu ketidak hadiran anak-anak / jagaan mereka.
3.4      Jika murid tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa memberi sebarang maklum balas, pihak sekolah akan menghantar notis ketidak hadiran, sekiranya tiada sebarang jawapan, surat peringatan kedua akan dikeluarkan. Begitulah seterusnya sehingga 3 kali. Tindakan seterusnya akan diambil.

BARANG-BARANG YANG DILARANG DIBAWA KE SEKOLAH

4.1     Memakai barang-barang kemas kecuali atas sebab-sebab agama.
4.2     Alat tulis yang berharga dan dianggap berbahaya (contohnya kotak  
         pensel yang mahal)
4.3     Komik dan buku cerita kartun
4.4     Permainan dan barang-barang elektronik  ( contohnya game, kerete mainan,
         Cyberpet dan alat-alat lain)
4.5     Pembaris yang diperbuat dari logam
4.6     Benda-benda tajam (pisau dan gunting)
4.7     Liquid paper dan chewing gum
4.8     Hiasan rambut
4.9     Bahan-bahan lucah
4.10   Wang yang melebihi RM5.00 kecuali diminta oleh guru dan di atas kebenaran ibu bapa
4.11   Bola dan alat-alat permainan lain

PERINGATAN:

Barang-barang larangan tersebut akan dirampas dan pembawanya akan didenda mengikut peraturan sekolah.

MEMINTA KEBENARAN UNTUK PULANG PADA WAKTU PERSEKOLAHAN


5.1   Murid tidak dibenarkan pulang tanpa  diiringi oleh ibu bapa/penjaga atau guru bertugas .
5.2  Ibu bapa / penjaga hendaklah berjumpa dengan guru kelas sebelum membawa murid pulang dan merekodkannya di pejabat sekolah.
5.3  Sekiranya terdapat murid yang sakit , pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa/ penjaga untuk mengambil murid dan dibawa pulang.


KESELAMATAN MURID


6.1   Pihak sekolah sentiasa mengawasi keselamatan murid dengan bantuan guru bertugas
6.2   Adalah mustahak ibu bapa  / penjaga memberitahu jenis penyakit serius dan alahan murid.
6.3   Ibu bapa /penjaga dikehendaki mendapat kebenaran dari pejabat
       (Guru Besar / Guru Kanan) terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan murid atau guru-guru.





BUDI PEKERTI / KELAKUAN DAN
TINGKAH LAKU.


Murid-murid dilarang melakukan salah laku berikut:-
7.1           Mencuri dan mengancam murid lain.
7.2           Biadap terhadap guru,pelawat, ibu bapa, orang tua dan pengawas.
7.3           Merosakkan harta benda sekolah.
7.4           Menghisap rokok,menghidu gam dan mengambil dadah.
7.5           Menggunakan bahasa kasar,suara tinggi atau bahasa kotor.
7.6           Menconteng bangunan sekolah.
7.7           Berlawan atau bergaduh.
7.8           Meninggalkan kelas atau kawasan sekolah  semasa sesi persekolahan masih berjalan.
7.9           Mengancam/memukul dan menghina guru.
7.10     Meniru semasa peperiksaan dan menipu markah dalam kad laporan kemajuan.
7.11     Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan murid mengikut jadual waktu yang telah diberi oleh guru sekolah.
7.12     Murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar semasa waktu persekolahan.
7.13     Murid dilarang  berurusniaga apa juga barang sesama sendiri.
7.14     Murid tidak dibenarkan memakai pakaian lain selain dari pakaian seragam sekolah.
7.15     Murid tidak dibenarkan memakai bajuT dan seluar yang mempunyai tulisan,gambar dan warna yang lain dari warna biru dan hitam kecuali baju T sekolah.


WAKTU BALIK (HARI PERSEKOLAHAN DAN HARI KOKURIKULUM)

8.1     Murid yang bertugas membuang sampah hendaklah mengosongkan tong sampah.
8.2     Ketua kelas pastikan:-
8.2.1 Semua kerusi tersusun kemas
8.2.2 Lampu dan kipas ditutup
8.2.3 Tingkap-tingkap ditutup
8.2.4 Bilik darjah ditutup

PERRSEKITARAN SEKOLAH

9.1   Setiap murid , guru, kakitangan , pelawat sentiasa memelihara kebersihan persekitaran sekolah.
9.2     Dilarang merosakkan atau mencabut bunga dan pokok.
9.3     Dilarang menconteng dan mengotorkan bangunan sekolah.
9.4     Berikan kerjasama kepada AJK keceriaan sekolah untuk menjaga kebersihan sekolah.
9.5     Suasana sekolah hendaklah sentiasa tenang dan sesuai untuk proses pembelajaran.
9.6     Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah.
9.7     Buang sampah ke dalam tong sampah.

TANDAS

10.1   Murid-murid dikehendaki menggunakan tandas dengan betul dan menjaga kebersihannya.
10.2   Dilarang sama sekali menconteng,mencungkil dan merosakkan dinding atau lantai tandas.(Tindakan akan diambil)
10.3   Jimatkan penggunaan air. Paip mesti ditutup selepas penggunaan.
10.4   Sampah hendaklah dibuang di dalam tong sampah dan bukan ke dalam sinki, di atas tutup tong sampah atau dalam lubang tandas.
10.5   Jangan membuat bising , bertolak-tolak semasa di tandas. Keluar dari tandas secepat mungkin.
10.6   Setelah tandas digunakan, mestilah diflush/ ditarik.



PENGGUNAAN AIR DAN ELETRIK

11.1       Jimatkan pennggunaan air dan eletrik.
11.2       Sila tutup paip dan suis eletrik setelah menggunakannya
11.3       Penggunaan kipas angin dibenarkan selepas waktu rehat / tengahari  atau dengan kebenaran  guru jika terlampau panas.



BASIKAL DAN KENDERAAN BERMOTOR

12.1       Di dalam kawasan sekolah tidak dibenarkan berbasikal.
12.2       Basikal hendaklah disusun dengan teratur di tempat yang ditetapkan.
12.3       Basikal hendaklah mempunyai alatan yang lengkap mengikut peraturan jalanraya / polis.
12.4       Semua kenderaan ibubapa / penjaga murid seperti basikal, motosikal, kereta, van dan sebagainya tidak dibenarkan  masuk ke dalam kawasn sekolah.



BILIK GURU DAN PEJABAT

16.1     Bilik Guru Besar, Penolong Kanan, Bilik Guru termasuk kaki lima pejabat dan pejabat adalah kawasan larangan bagi semua murid kecuali mendapat izin atau arahan daripada Guru Besar dan Guru.
16.2   Murid dikehendaki masuk dengan hormat dan bersopan-santun,ketuk pintu dan memberi ucapan selamat atau salam sebelum masuk ke bilik Guru Besar , Penolong Kanan,Bilik Guru. Masuk  apabila diberi izin.
16.3   Tidak menggunakan telefon Bilik Guru Besar.
16.4   Murid boleh menggunakan telefon di pejabat dengan kebenaran guru untuk perkara-perkara penting sahaja .
16.5   Murid tidak dibenarkan mengambil sendiri kunci-kunci di pejabat dan lain-lain peralatan yang diperlukan untuk kegunaan kelas.




BILIK SAINS

13.1  Murid hanya dibenarkan masuk ke dalam Bilik Sains dengan kebenaran guru.
13.2  Hanya buku dan peralatan untuk pembelajaran sains sahaja dibenarkan dibawa masuk ke Bilik Sains  semasa pembelajaran dan pengajran sains.
13.3  Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi semasa berada di Bilik Sains.
13.4  Amali hanya boleh dijalankan dengan pengetahuan guru.
13.5  Sebarang aktiviti di bilik Sains hendaklah di bawah pengawasan guru.
13.6  Kebersihan Bilik Sains hendaklah dijaga setiap masa.
13.7  Alatan dan bahan kimia hanya boleh digunakan dengan pengetahuan guru.
13.8  Penunu Bunsen mudah alih hendaklah dinyalakan dengan pemetik api khas.
13.9  Penggunaan bahan kimia mestilah mengikut kaedah yang betul.
13.10  Semua radas hendaklah dibersihkan selepas digunakan.
13.11  Semua peralatan dan bahan sains hendaklah dikembalikan  ke tempat asalnya 
          selepas digunakan.
13.12  Alatan dan bahan sains dibenarkan dibawa keluar dari bilik sains hanya
           dengan kebenaran guru.
13.13  Alatan yang rosak atau pecah hendaklah dilaporkan segera kepada guru sains.
13.14   Sampah dan sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang disediakan.
13.15  Penggunaan bahan dan alat Peti Pertolongan Cemas hendaklah  dengan kebenaran dan pengawasan guru.
13.16  Spesimen biologi yang masih hidup mestilah dikembalikan semula ke habitatnya.
13.17  Semua kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada Ketua panitia Sains
         dan Guru Besar serta dicatatkan dalam Buku Rekod kemalangan (format seperti borang 5).




BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

14.1   Sentiasa mematuhi arahan guru.
14.2   Jangan keluar masuk bengkel tanpa kebenaran guru.
14.3   Letakkan beg di luar bengkel.
14.4   Jangan memakai barangan kemas semasa bekerja di bengkel.
14.5   Murid hendaklah berpakaian kemas dan sesuai semasa bekerja di bengkel.
14.6   Jangan bermain ketika dalam bengkel.
14.7   Murid hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru jika ada kehilangan, kerosakan, kemalangan atau kecederaan.
14.8   Murid hendaklah membersihkan segala alatan dan perkakas yang digunakan dan disimpan  semula ditempatnya.
14.9   Bahan-bahan yang digunakan ketika membut sesuatu projek hendaklah digunakan dengan cermat. Elakkan pembaziran.
14.10                     Murid-murid dilarang menguji projek dengan    
        bekalan kuasa eletrik tanpa pengetahuan guru.
14.11                     Murid mesti mengikut jadual tugasan bengkel   
        dengan baik.




PUSAT SUMBER SEKOLAH (PERPUSTAKAAN)


15.1       Setiap murid dikehendaki mempunyai kad ahli untuk meminjam buku. Peraturan ini juga dikenakan kepada semua guru dan kakitangan.
15.2       Semua murid dibenarkan meminjam dua buku dalam satu masa, selama satu minggu.
15.3       Segala urusan peminjaman / pemulangan hendaklah dibuat di kaunter melalui Pengawas Pusat Sumber.
15.4       Semua guru dan kakitangan sekolah dibenarkan meminjam tidak lebih dari 3 jenis buku selama dua minggu dalam satu masa.
15.5       Buku Rujukan tidak boleh dipinjam kecuali mendapat kebenaran guru PSS. Tempoh peminjaman cuma selama dua hari sahaja.
15.6       Buku-buku pinjaman yang sudah tamat tempoh dan lewat dipulangkan, tindakan akan diambil. (Denda -10 sen sehari)
15.7       Setiap pengguna bertanggungjawab diatas keselamatan buku dan sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah diganti mengikut kadar harga buku yang ditetapkan.
15.8       Murid-murd dilarang menanda, menconteng dan mengoyakkan buku atau merosakkan harta benda perpustakaan. Tindakan akan diambil.
15.9       Buku-buku yang telah digunakan hendaklah diletakkan di rak yang betul dengan kemas dan teratur.
15.10  Surat khabar  dan majalah tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan / Pusat Sumber.
15.11  Guru-guru hendaklah mencatatkan dalam buku rekod penggunaan apabila menggunakan Perpustakaan / Pusat Sumber dan hendaklah bersama-sama murid-murid.    
15.12  Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan juga minuman dan peralatan sekolah kecuali dengan kebenaran guru PSS. Semua barang dan alatan hendaklah diletak diluar perpustakaan atau di dalam kelas.
15.13  Pengguna diminta SENYAP apabila berada di dalam perpustakaan .
15.14  Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan / pusat sumber tanpa kebenaran.




BILIK DARJAH

17.1     Murid sendiri bertanggungjawab kepada bilik darjah masing-masing dan menjaga kebersihan perkakas/alat di dalamnya.
17.2   Dilarang menggaris,menconteng dan merosakkan perkakas dalam bilik darjah.
17.3   Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas sebelum loceng dibunyikan , kecuali mereka yang bertugas.
17.4   Semua murid mesti melaporkan sebarang kerosakan dalam bilik darjah kepada guru kelas masing-masing.
17.5   Kerosakkan  di dalam  bilik darjah adalah tanggungjawab bersama.
17.6   Dilarang menulis di papan hitam dan bermain kapur tanpa kebenaran guru.
17.7   Papan tulis hendaklah sentiasa dibersihkan setelah digunakan.
17.8   Semasa murid-murid meninggalkan kelas untuk ke kelas lain, pastikan lampu  dan kipas ditutup.
17.9   Semasa pembelajaran, murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru.
17.10 Sekiranya guru tiada bolehlah meminta kebenaran dari ketua kelas.
17.11 Murid yang hendak masuk ke kelas lain di mana guru sedang mengajar dikehendaki mengetuk pintu.
17.12 Tiap-tiap kelas mestilah mempunyai ketua/ Pen. Ketua dan jawatankuasa kelas bertugas.
17.13 Kedatangan tiap-tiap hari mestilah ditulis di sudut kanan sebelah atas papan hitam.
17.14 Tiap-tiap kelas mestilah mempunyai kelengkapan kelas yang cukup.
17.15 Murid-murid tidak boleh bertukar tempat duduk sesuka hati di dalam kelas tanpa kebenaran guru kelas.
17.16 Setiap kelas bertanggungjawab menghias dan mencantikkan kelas.


WAKTU REHAT
Pada waktu rehat murid-murid mestilah :
18.1    Tidak berada dalam bilik darjah. Petugas dibenarkan membersihkan kelas selama 10 minit semasa rehat.
18.2    Tidak keluar dari kawasan sekolah.
18.3    Tidak berkeliaran / membuat bising di semua kawasan sekolah.
18.4    Keluar dan masuk kelas pada waktu rehat dengan tertib dan tidak bising.
18.5    Semasa loceng dibunyikan,murid dikehendaki berhenti makan dan bercakap dan bersedia untuk berkumpul dhadapan kelas.
18.6    Murid beratur di luar kelas dengan senyap sehingga guru mata pelajaran datang dan mengarahkan masuk serta memulakan pelajaran.
18.7    Murid-murid dilarang meninggalkan wang / barang-barang berharga di dalam kelas semasa meninggalkan kelas. Keselamatannya adalah tanggungjawab murid itu sendiri.
18.8    Murid dilarang membawa radio, walkman, permainan computer game, dam, catur dan video game ke sekolah.
18.9    Tidak dibenarkan makan dalam bilik darjah.

PERHIMPUNAN

19.1    Perhimpunan harian diadakan setiap pagi sementara perhimpunan mingguan (Rasmi) dijalankan pada hari Isnin.
19.2    Perhimpunan tergempar akan diadakan bila-bila masa sahaja atas arahan Guru Besar.
19.3    Tiap-tiap pelajar mesti hadir pada setiap perhimpunan kecuali mereka yang dapat pengecualian daripada guru.
19.4    Apabila sampai di sekolah pelajar-pelajar dikehendaki terus ke tapak perhimpunan sekolah dalam keadaan senyap
19.5    Semua pelajar hendaklah segera berbaris tanpa bising mengikut kelas masing-masing-masing sebaik sahaja loceng untuk perhimpunan dibunyikan.
19.6    Ketika mendengar ucapan guru, pelajar-pelajar hendaklah sentiasa senyap, berdiri betul dan memberi perhatian.
19.7    Semua pelajar hendaklah membaca ikrar, menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Perak, lagu sekolah dan lagu Komuniti Berilmu dengan penuh semangat dan berdiri tegak.
19.8    Bagi pelajar-pelajar yang lewat sampai hendaklah berdiri tegak di mana-mana sahaja mereka berada ketika lagu Negaraku, lagu negeri Perak dan lagu sekolah dinyanyikan.

PINJAMAN BUKU TEKS

20.1     Semua buku pinjaman hendaklah dibalut dan dijaga baik.
20.2     Jangan menconteng dan merosakkan buku-buku pinjaman. Sekiranya rosak atau hilang hendaklah diganti ( Dalam Bentuk buku atau wang mengikut harga sesebuah buku )
20.3     Tidak dibenarkan meminjamkan buku pinjaman kepada orang lain.
20.4     Pelajar yang menghilangkan buku teks pinjaman tanpa menggantinya tidak akan diberi pinjaman pada tahun berikutnya.
20.5     Pelajar yang akan bertukar ke sekolah lain hendaklah memulangkan buku pinjaman kepada guru kelas.



KANTIN SEKOLAH

21.1     Murid-murid dikehendaki membeli makanan dikantin sekolah sahaja.
21.2     Murid dikehendaki membeli makanan dengan tertib, beratur dan tidak berebut-rebut pada waktu rehat.
21.3     Sewaktu makan, hendaklah duduk di bangku-bangku yang disediakan.
21.4     Pinggan mangkuk, sududan gelas hak  kepunyaan kantin hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan oleh kantin.
21.5     Ditegah membeli makanan dari luar kawasan sekolah.
21.6     Murid-murid tidak boleh menjual makanan.
21.7     Bawa wang yang secukupnya untuk keperluan sahaja. Jangan membawa wang berlebihan




                  PAKAIAN PELAJAR LELAKI

22.1         BAJU
22.1.1       Baju kemeja berwarna putih berlengan pendek.
22.1.2       Butang baju mestilah lengkap,berwarna putih, dan dijahit dengan benang putih.
22.1.3       Bahagian bawah baju mestilah dimasukkan ke dalam seluar.
22.1.4       Murid dibenarkan memakai baju lengan panjang dengan syarat dibutangkan atau dilipat separas siku.
22.1.5       Baju mestilah berkolar.
22.1.6       Pengawas sekolah mestilah memakai baju berlengan panjang berwarna PUTIH bagi lelaki.
22.1.7       Pengawas pusat sumber mestilah memakai baju berlengan panjang berwarna PUTIH bagi lelaki.
22.1.8       Baju berbentuk jubah tidak dibenarkan.


22.2         SELUAR
22.2.1       Seluar panjang biru tua untuk semua murid.
22.2.2       Poket tampal di belakang seluar tidak dibenarkan. Poket hadapan tidak dibenarkan kecuali poket sebelah kiri dan kanan.
22.2.3       Labuh seluar tidak melitupi tumit dan paling singkat setakat buku lali. Seluar jenis “ Bell Bottom” tidak dibenarkan.
22.2.4       Seluar dari jenis kain jeans tidak dibenarkan.
22.2.5       Sebarang tampalan kerana koyak mestilah dari kain yang sama.
22.2.6       Pelajar dibenarkan memakai tali pinggang hitam, lebarnya tidak melebihi 3.5cm, berkepala sama lebar dengan tali pinggang (tidak lebih 3.5 cm) dan tiada apa-apa hiasan.
22.3                           KASUT

22.3.1       Kasut Kanvas berwarna putih sahaja.
22.3.2       Bagi pengawas sekolah dan pengawas (Lelaki) pusat sumber  mestilah kasut kanvas berwarna hitam.
22.3.3       Bagi pengawas sekolah dan pengawas (Perempuan) pusat sumber  mestilah kasut  berwarna hitam denganntapak tidak melebihi 1 inci.
22.3.4       Stoking putih dan panjang sekurang-kurangnya 4cm atas buku lali.
22.3.5       Stoking panjang dan berbelang tidak dibenarkan.
22.3.6       Stoking hitam untuk pengawas sekolah dan pengawas PSS




22.4       TOPI DAN SONGKOK

22.4.1      Pelajar dibenarkan memakai songkok berwarna hitam dan biru tua sahaja
22.4.2      Topi, ketayap atau lain-lain hiasan tidak dibenarkan
22.4.3      Pelajar dilarang memakai serban pada setiap masa persekolahan.
22.4.4     Pelajar tidak dibenarkan memakai topi ketika pembelajaran sedang dijalankan,dalam kawasan sekolah kecuali topi yang menjadi sebahagian daripada pakaian seragam sesuatu pasukan beruniform sekolah.
22.4.5     Topi hanya dibenarkan ketika menonton sukan / permainan sekolah.





PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN


BAJU / KAIN

23.1.1          Baju kurung mestilah berpotongan biasa dan
leher baju kurung mestilah sentiasa dikancing kemas.
23.1.2          Baju kurung berwarna putih bersama kain biru
tua.
23.1.3         Kasut berwarna putih. Sarung kaki berwarna
putih dan tidak berjalur-jalur.
23.1.4          Lencana sekolah mestilah disematkan di
bahagian atas sebelah kiri.
23.1.5          Yang memakai tudung kepala, pastikan ia
berwarna putih bebentuk mini telekung tiga segi dan tidak berjahit bunga.
23.1.6            Serkup kepala untuk mini telekung hendaklah
berwana putih.
23.1.7          Pelajar-pelajar ditegah memakai alat-alat solek
atau barang kemas.
23.1.8           Lencana mestilah dilekatkan di bawah sebelah
kiri mini telekung (segi tiga)















Lencana Sekolah

24.1.1         Semua Pelajar Sekolah diwajibkan memakainya setiap
          masa waktu persekolahan dengan pakaian seragam   
         sekolah yang lengkap.
24.1.2          Lencana sekolah hendaklah disematkan di poket    
Bagi murid yang memakai kemeja dan di atas tudung bagi pelajar perempuan di sebelah kiri baju.
24.1.3         Lencana sekolah hendaklah dipakai semasa datang ke
sekolah, semasa mengikuti lawatan anjuran sekolah dan menghadiri majlis di mana sekolah terlibat (rasmi).
24.1.4           Lencana yang dipakai mestilah lengkap dan tidak cacat.
24.1.5         Tanda nama yang dipakai tidak tertutup dari pandangan
orang ramai, tidak memakai tanda nama pelajar lain atau menggunakan nama samaran.









PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH

25.1 Pengawas Lelaki:
25.1.1  Baju berwarna PUTIH berlengan panjang dan seluar berwarna biru tua.
25.1.2  Tali leher berwarna merah hati serta memakai tanda nama pengawas.
25.1.3  Kasut berwarna hitam .
25.1.4  Stoking berwarna hitam.
25.1.5  Vest berwarna merah hati

25.2       Pengawas perempuan :
25.2.1  Baju kurung warna PUTIH dan kain labuh warna biru tua.
25.2.2  Tudung kepala berwarna PUTIH serta memakai tanda nama pengawas.
25.2.3  Kasut berwarna hitam.
25.2.4  Stoking berwarna hitam.
25.2.5  Vest bewarna merah hati

25.3       Pengawas pusat sumber:
25.3.1  Pakaian PSS lelaki
25.3.2  Baju PUTIH berlengan panjang dan seluar panjang.
25.3.3  Tali leher berwarna merah hati serta memakai tanda nama pengawas PSS.
25.3.4  Kasut berwarna hitam.
25.3.5  Vest berwarna biru tua

25.4.Pakaian Pengawas PSS perempuan:
25.4.1Baju PUTIH berlengan panjang dan berkain labuh berwarna biru tua serta    
            memakai tanda nama pengawas.
25.4.2Kasut bewarna hitam.
25.5.3 Pakaian ketua dan penolong kelas.
25.5.4 vest berwarna biru tua

Pakaian Ketua /penolong Murid lelaki:
25.5.1.1 Baju berwarna putih berlengan panjang atau pendek dan berseluar   
               berwarna biru tua.
25.5.1.2  Tali leher berwarna merah hati serta memakai tanda nama / Pen. Ketua    
              Kelas.

Pakaian Ketua/penolong Murid Perempuan:
25.5.1.3  Baju kurung putih berlengan panjang dan berkain labuh berwarna biru tua.
25.5.1.4  Tudung berwarna putih, tali leher berwarna merah hati serta memakai tanda nama ketua / Pen. Ketua Kelas.

PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI / UNIT BERUNIFORM

26.1  Semasa Pendidikan Jasmani Pelajar dikehendaki baju T putih dan berseluar trek berwarna biru tua / hitam.
26.2  Murid perempuan digalakkan memakai baju T putih berlengan panjang dan beseluar trek berwarna biru tua / hitam.
26.3  Pelajar-pelajar yang menjadi mana-mana unit pakaian beruniform mestilah memakai pakaian yang telah ditetapkan semasa aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan. Ruj. Bil (37) dlm J.Pen.Pk. ( AM ) 2610 dan (38) dlm J.Pen.PK. (AM) 2610
26.4. Memakai semula pakaian seragam sekolah selepas Pendidikan Jasmani.

RAMBUT DAN KUKU

27.1  Pelajar-pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya kelihatan kemas dan pendek. Istilah pendek ialah:
                   27.1.1 Rambut belakang tidak menyentuh kolar baju.
                   27.1.2 Rambut pendek tidak menyentuh telinga.
                   27.1.3 Rambut hadapan tidak menyentuh dahi.
27.2     Rambut pelajar lelaki mestilah bersikat dan sentiasa kemas.
27.3     Rambut jangan diwarnakan dan jangan mengikut fesyen semasa.
27.4     Pelajar yang melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin iaitu rambut berkenaan dipotong oleh guru disiplin.
27.5     Pelajar perempuan dinasihatkan berambut pendek. Jika rambut berkenaan panjang menyentuh atau melebihi bahu, pelajar berkenaan diwajibkan mengikat rambut dengan riben berwarna hitam, biru tua atau putih.
27.6     Pelajar-pelajar dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat atau sebagainya.
Folded Corner: 28.	PERANAN IBU BAPA


Pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa dalam perkara berikut:


29.1-	Menyemak kerja sekolah anak-anak.
29.2-	Menyemak kandungan beg sekolah anak-anak setiap hari.
29.3-	Membekalkan anak-anak dengan buku dan peralatan yang cukup.
29.4-	Menghantar dan menjemput balik anak-anak dari sekolah mengikut waktu-waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
29.5-	Memastikan anak-anak berpakaian sekolah yang lengkap seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan.
29.6-	Mengambil berat kemajuan pelajaran serta memberi bimbingan di rumah.
29.7-	Digalakkan datang ke sekolah berbincang dengan pihak guru.
29.8-	Memberitahu sekolah  atau menulis surat sekiranya anak tuan/ puan tidak hadir.
29.9-	Menghadirkan diri sekiranya dijemput atau dikehendaki oleh pihak sekolah kerana sesuatu sebab.
29.10-	Memastikan anak tuan / puan menghadiri aktiviti kokurikulum yang diwajibkan oleh pihak sekolah demi kemajuan pelajaran.
29.11-	Memastikan Yuran Persekolahan dijelaskan sebelum 21 Mac setiap tahun. 
















































Rounded Rectangle: NOTA PENTING :







Peraturan sekolah yang termaktub di dalam buku ini adalah tertakluk kepada pindaan dan tambahan dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan suasana.








Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari,
Jalan Haji Meor Yahya,
33300 Gerik,
Perak Darul Ridzuan.