RIMUP



KONSEP:                   RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, pengemblengan tenaga dan kepakaran.



MATLAMAT:           Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.


OBJEKTIF                 RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
RANCANGAN:        
1.      Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat rendah dan menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
2.      Mewujudkan saling kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.
3.      Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
4.      Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.








AKTIVITI RIMUP



PENGANJUR

Unit Hal Ehwal Murid (HEM)


TAJUK
Jemputan Sukan Mahkota Sari (SUKMAS)
  -Lari berganti-ganti


TARIKH/HARI
30 Jun 2011


MASA
8.00 hingga 12.30 tengahari


TEMPAT
Padang SK Mahkota Sari, Gerik Perak


PENDAHULUAN

Program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan semua kaum di daerah ini melalui riadah dan semangat kesukanan kaum iaitu Melayu, Cina dan India bagi mengukuhkan lagi persaingan yang sihat dan perpaduan di kalangan semua murid yang terlibat.  Di samping itu juga, program diharapkan dapat mencungkil bakat dalam bidang sukan terutamanya sukan olahraga. Diharapkan dengan pendedahan sebegini akan dapat membajakan semangat perpaduan di kalangan murid yang berbilang kaum demi untuk keamanan Negara.


MATLAMAT

1.         Memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar yang terlibat dalam program ini dan seterusnya dapat membina semangat kerjasama yang tinggi sesama mereka.
2.         Mencungkil bakat dalam bidang sukan olahraga agar dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
3.         Menyemai sikap hormat menghormati terhadap kebudayaan yang diamalkan oleh kaum lain.
4.         Menimbulkan kebanggaan di dalam diri pelajar yang mewakili sekolah dan kaum masing-masing di Negara Malaysia.
5.         Menjalin sikap kesamaan sebagai warganegara Malaysia dan dapat mengeratkan silaturrahim.


OBJEKTIF

Adalah diharapkan agar semua pelajar yang mengikuti program akan dapat manfaat dan menjalinkan semangat muhibbah di kalangan mereka.  Di samping memupuk semangat hormat menghormati serta saling faham memahami adat dan budaya rakyat berbilang kaum.


RASIONAL

Program ini adalah penting untuk mendedahkan semua pelajar mengenai sukan olahraga dan nilai-nilai integrasi yang positif di kalangan pelbagai kaum di Negara Malaysia agar kesinambungan perpaduan antara kaum dapat dipupuk setiap masa agar tidak timbul perselisihan faham serta menimbulkan semangat toleransi yang jitu demi memelihara perpaduan yang menjadi teras kekuatan Negara.


JAWATANKUASA

1.         Jawatankuasa Program RIMUP SJK (C) Chung Wa Gerik
2.         Jawatankuasa Program RIMUP Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari Gerik
3.         Jawatankuasa Program RIMUP SJK (T) Gerik


KUMPULAN SASARAN

1.         10 Orang pelajar dari SJK (C) Chung Wa Gerik
2.         10 orang pelajar dari SJK (T) Gerik
3.         10 orang pelajar dari SK Mahkota Sari Gerik

JUMLAH PELAJAR    =          30 ORANG


ATURCARA PROGRAM


MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
8.00 Pagi
Berkumpul di padang sekolah SK Mahkota Sari, Gerik
AJK Program-
Pengurus Peserta
8.15 Pagi
Taklimat
Program Suaikenal
AJK Program
8.40 Pagi
Aktiviti Sukan Bermula:
Lari  Berganti-ganti 4  x  100 meter - Lelaki
Lari  Berganti-ganti 4  x  100 meter - Perempuan
AJK SUKMAS- Olahraga
10.30 Pagi
Acara Penyampaian Hadiah & Cenderahati
AJK Khas- Hadiah & Cenderahati
11.00 Pagi
Jamuan Ringan
AJK Khas- Makanan
12.00 Tengahari
Majlis Bersurai

Penutup :

Acara jemputan sukan olahraga ini telah berjaya mempamerkan dan mewujudkan semangat kerjasama di kalangan murid yang berbilang kaum dari kesungguhan dan kerja berpasukan yang telah ditunjukkan.  Objektif program ini telah berjaya direalisasikan dari aktiviti yang disediakan dan telah mencapai matlamatnya.
Hubungan mesra yang ditunjukkan oleh semua peserta yang terlibat mencerminkan bahawa perpaduan dapat diwujudkan melalui aktiviti yang mencabar seperti sukan olahraga ini.  Tiada halangan dan sekatan untuk membentuk kerjasama di kalangan murid yang berbilang kaum dan seterusnya diharapkan akan menjamin kekukuhan semangat perpaduan di kalangan mereka pada masa hadapan.














RIMUP      :  LARI BERGANTI-GANTI SERTA 
                  LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
TEMPAT    :  PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI
TARIKH    :  30 JUN DAN 2 JULAI 2011
PESERTA  : 
                  1.  MURID SKMS
                  2.  MURID SJK(TAMIL) GERIK
                  3.  MURID  SJK CHUNG WA GERIK
                  4.  MURID SK SRI ADIKA RAJA



Sebagaimana biasa Program RIMUP akan memilih hari sukan di SKMS sebagai budaya beramah mesra melalui larian (lumba lari berganti-ganti).  Ianya telah dijadikan sebagai satu acara wajib.
Setiap sekolah akan menghantar dua pasukan, iaitu pasukan lelaki dan pasukan perempuan untuk berlumba.






Larian akan dikendalikan oleh pegawai yang terlibat.Sebelum berlumba mereka digalakkan beramah mesra.diantara satu sama lain.









Sebahagian daripada ibu bapa yang turut hadir memeriahkan hari SUKMAS 2011




Peserta dari SJK (Tamil) Gerik




Peserta dari SJK Chong Wa Gerik



Bersama guru pengiring




















2011 RIMUP di adakan bersama rakan satu daerah. 
Tarikh  : 26.3.2011
Hari : Sabtu


Ia di laksanakan di Padang Sekolah SKSAR dalam keadaan berselut tetapi membawa pengalaman indah kepada setiap pelajar dan guru-guru.



Persiapan awal sebelum pelajar-pelajar bertolak ke sekolah SKSAR

Mengumpulkan surat kebenaran dari ibubapa, untuk keselamatan pelajar.

Wakil pelajar lelaki

Sebahagian dari pelajar lelaki yang mewakili sekolah dalam program RIMUP

Pelajar perempuan yang turut serta didalam program RIMUP



Add caption
Taklimat ringkas sebelum bertolak.  Semoga semua pelajar dalam keadaan baik-baik sahaja.
Selain disediakan hadiah setiap pelajar diberi Tshirt setiap orang.








SKMS sebagai pengerusi Permainan Bola Baling.   Pertandingan diketuai oleh Cikgu Nizam da dibantu oleh cikgu Sahar.   Pertandingan berjalan lancar walaupun di [padang yang sangat becak....







Pelajar disajikan dengan makan yang sedap .  Juadah minum pagi berupa bihun goreng, kuih badak, dougnat dan air raibina, manakala makan tengahari menunya ialah nasi putih,kari daging, sayur campur, ayam masak merah,sambal dan ulam,buah tembikai dan air raibina juga,




Bergambar bersama rakan rimup dari SJKT dan SK Tasek.



Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa hadiah dan pengacaraan.....diacarakan secara rimup juga......dalam 3 bahasa.  Penyampaian hadiah dan sijil juga berjalan lancar...


Terima kasih kepada PPD, Perpaduan, dan Rukun Tetangga yang bersama-sama menjayakan program ini.