OBJEKTIF AM
Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah terutama dari luar bandar dan daripada golongan berpendapatan rendah , secara imbuhan untuk sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha , selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.
OBJEKTIF KHUSUS
1. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan
seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk
membantu mereka mengatasi pelbagai masalah
daripada pertumbuhan badan dan kekurangan
tenaga.
2. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan
pemakanan langsung dan tidak langsung.
3. Untuk memupuk budaya santun, disiplin, timbang rasa
serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan
kebersihan diri, kesihatan makanan dan kebersihan
alam sekitar.
4. Untuk memperkasakan Rancangan Amalan Makanan
dan pemakanan kerana program ini mendapat
sambutan yang baik oleh masyarakat.
5. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan
masyarakat dalam usaha-usaha sekolah, terutamanya
Rancangan Makanan Tambahan.
VISI
Kesempurnaan kesihatan dan pemakanan
MISI
Semua warga sekolah ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai visi RMT berlandaskan perkara-perkara berikut :
1. Memberikan makanan tambahan yang berzat
dan seimbang.
2. Memperbaiki keadaan kesihatan dan
pemakanan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.
3. Memastikan murid bertanggungjawab
terhadap kesihatan diri dan pemakanan.
PERMASALAHAN
1. Pelajar tidak berapa gemar dengan menu makanan
RMT yang disediakan.
PENYELESAIAN
1. Memberi kesedaran dan galakan kepada murid
bahawa tidak semua murid mendapat makanan
secara percuma.
2. Memperbaiki mutu dan keenakan makanan yang
disediakan.
3. Memberi penerangan kepada murid akan
kepentingan bersarapan pagi sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
No comments:
Post a Comment