DISIPLIN


IKRAR

BAHAWASANYA KAMI
PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN
MAHKOTA SARI
BERIKRAR
AKAN MENJALANKAN TUGAS
DENGAN PENUH DISIPLIN, BERDEDIKASI SERTA AMANAH
DALAM MELAKSANAKAN PERATURAN SEKOLAH
DENGAN PENUH SEMANGAT DAN BERTANGGUNGJAWAB


ETIKA


Seseorang pelajar dikehendaki berdisiplin, iaitu berkelakuan sebagaimana yang diharapkan oleh masyarakat. Tingkah laku seperti  bertatatertib, berakhlak tinggi, bersopan-santun, berinisiatif, menghormati orang lain serta bersedia bekerjasama dan saling bantu-membantu adalah amalan yang sangat digalakkan.
Melalui amalan tingkah laku tersebut maka sesorang akan dapat membentuk disiplin kendiri. Disiplin kendiri bermaksud seseorang itu dapat mengawal dan mengarahkan tingkah laku dirinya sendiri. Disiplin sedemikian bolah membentuk individu-individu yang mempunyai nilai-nilai “kesopanan dan kesusilaan ” seperti termaktub dalam Rukun Negara yang kelima.Bagi mencapai cita-cita unggul di atas, pelajar-pelajar dikehendaki memikul tanggungjawab-tanggungjawab seperti berikut:-

TUGAS
1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan
2.   Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
3.       Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
4.       Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah.
5.       Sebagai setiausaha kepada jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal Murid.
6.       Merekod segala kesalahan /hukuman denda yang dikenakan atas murid-murid.
7.       Membantu Guru Besar/GPK HEM dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
8.  Bekerjasama dan sentiasa berhubung rapat dengan Guru Bimbingan dan kaunseling dalam membantu menyelesaikan masalah murid dan juga guru.
9      Bekerjasama dengan guru bertugas Mingguan atau Harian dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk maksud menguruskan kawalan dapat diadakan oleh pihak sekolah.
10.  Membantu Guru Besar/GPK HEM mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga murid yang bermasalah.
11.      Menyelesaikan sebarang masalah yang tidak dapat diatasi Lembaga Pengawas Sekolah serta merujukkan Guru Besar jika perlu.
12.    Bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti  PIBG sekolah yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid.
13.    Manjalankan peperiksaan mengejut dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
14.    Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/ Jabatan Pelajaran/PPD.
15.Merancangkan dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.
16.Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibu bapa/ penjaga dalam menangani disiplin.
17.    Mendapat bantuan pihak polis sekiranya pelajar terlibat dalam kes jenaya


AKTIVITI
1.  Memantapkan dan memperkemaskan pengurusan unit  disiplin. 
2.   Mengkaji peraturan sekolah untuk kesesuaian masa kini. 
3.   Membantu pihak sekolah menangani kes-kes salah laku berat.
4.  Mengurus program dan aktiviti yang dicadangkan untuk   pembangunan sahsiah dan disiplin
v     Program pemupukan semangat patriotism
v     Program mengukuhkan pembudayaan ada
v     Program memantapkan disiplin murid
v     Program memantapkan perpaduan kaum dikalanganwarga sekolah
v     Program meningkatkan penglibatan keluarga dalam
    masyarakat dalam pembentukan sahsiah murid
v     Program pembentukan jati diri murid
5.    Mengurus data salah laku murid untuk dihantar ke PPD.
6.     Perlantikan pengawas, ketua pengawas dan penolong ketua pengawas dan penetapan jadual tugas pengawa
7.      Bekerjasama dengan unit UBK untuk bertanggungjawab ke atas fungsi membangunkan sahsiah dan disiplin murid.

Perlantikan Pengawas Sekolah 
Serta
 Bacaan Ikrar Pengawas SKMS 2011




Makluman dan peringatan dari Guru Disiplin
En. Md Zaidi bin Mustaffa




















Ketua Pengawas  :  
Mohamad Badrul Amin  Bin Azman
    
Penolong           
Nur Syahidah Bt Khairul  Anuar







Wajah gembira Pengawas SKMS yang lama dan yang baru
Semoga Tuagas yang dipertanggungjawapkan dapat di pikul dengan baik.