Wednesday, December 29, 2010

PIAGAM SKMS

Kami warga SKMS dengan penuh tekad dan iltizam,berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
1.   Memastikan matlamat sekolah tercapai iaitu menjamin potensi murid berkembang secara menyeluruh dan bersepadu serta melahirkan insane yang seimbang,harmonis dan berakhlak mulia.
2.    Menjamin semua murid dapat menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira (3M)serta 6 tahun belajar di sekolah ini.
3.    Memastikan kelas pemulihan berjalan lancer untuk murid—murid  yang tidak dapat menguasai 3M.
4.    memberi perhatian yang serius kepada kebajikan murid dan memastikan Program RMT,PSS,SPBT dan disiplin diurus dengan cekap.
5.    Memastikan semua murid melibatkan secara aktif dalam aktiviti—aktiviti Ko-kurikulum.
6.    Memastikan keselamatan murid terjamin semasa berada di dalam kawasan sekolah dan sewaktu menjalankan aktiviti Ko-kurikulum.
7.   Memberi layanan yang mesra dan segera kepada ibubapa atau waris mengenai semua urusan sekolah.
8.   Memastikan sebarang pertukaran murid yang keluar/masuk diuruskan dengan segera.
9.   Mengutamakan budaya perhidmatan penyayang dalam semua aspek pengurusan.
10.  Mengujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
11.  Mengujudkan rasa  kesepunyaan dan kekitaan dikalangan warga SK Mahkota Sari.
12.   Menggalakkan semua murid sentiasa bersaing untuk mencipta kecemerlangan dan kegemilangan dalam semua bidang yang diceburi.

No comments:

Post a Comment